Kelas Asas Internet Kumpulan 3

9 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2020, Ahad, Pusat Internet (PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Internet bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada suri rumah.

Sepanjang sesi pembelajaran, peserta didedahkan dengan asas penggunaan internet iaitu cara menggunakan Google Map dalam mencari lokasi dan mengetahui jarak antara lokasi tertentu. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan Google Earth dan Youtube.

Diharap dengan adanya kelas seperti ini, para suri rumah sekitar Rantau Panjang dapat menggunakan internet dengan baik bagi mengisi masa lapang mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali